Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian melalui portfolio
Pengenalan:
•Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
Ciri-ciri portfolio:
•Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti
•Dijalankan secara kolaboratif
•Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk
•Menggalakkan pembelajaran secara interaktif
•Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.
Penilaian portfolio:
•Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
•Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
•Lebih terbuka dan seimbang
•Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
•Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama
Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina:
1.Portfolio kerja harian
•Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
•Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.
2.Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio
•Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.
•Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.
3.Portfolio dokumen/ Documentary Portfolio
•Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
•Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat
Kegunaan portfolio:
•Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
•Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya
•Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri
•Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
•Mempelbagaikan bukti penilaian.
•Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.
Perancangan:
(sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:)
•soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
•Isi kandungan portfolio
•Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
•Penilaian portfolio.
Cara membina portfolio:
Menentukan tujuan portfolio:
-Menghuraikan tujuan portfolio.
-Menghuraikan instrumen portfolio.
-Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
Menentukan isi portfolio:
-Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.
-Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
-Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
-Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
-Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
-Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.
Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar:
- Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
- Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.
Mengumpul maklumat:
•Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
-Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan
cetak dan Teknologi maklumat.
-Lawatan
-Temubual
•Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
-inti/rumusan dari pelbagai sumber
-Imbas gambar foto
-Bentukk soal semak di komputer
-Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.
Bagaimana menilai portfolio?
•Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
•Menggunakan peta perkembangan pelajar .
•Contoh:
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf
•Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti
•Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Merekod penilaian portfolio:
•Penilaian awal
•Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
•Senarai ciri paling penting
•Penentuan gred
Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan :
•Peringkat perkembangan/proses.
•Peringkat penilaian
•Peringkat refleksi/penutup.
•Sikap interaksi dan penglibatan.
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
PENGENALAN:
- Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
- Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.
PELAKSANAAN PROSES PEMERHATIAN:
A.Kualiti Pemerhatian
B.Bentuk Perancangan
C.Rekod Pemerhatian
a)Kualiti Pemerhatian:
Guru perlu:
oBerpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
oPeka terhadap perubahan.
oYakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
oIkhlas dan jujur.
oBersikap terbuka.
oTekal dan stabil.
b)Bentuk perancangan:
Bentuk perancangan??
oPerancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
oMengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
oMenetapkan jangka waktu proses penilaian.
oMenyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
oMenentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
oMerangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
c)Rekod Pemerhatian:
Rekod pemerhatian yang diperlukan:
oPendekatan: kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
oMenjalankan Tugasan :
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
oCara merekodkan dapatan dan rumusan :
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
oTindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
JENIS-JENIS PEMERHATIAN:
Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan
dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:
a)Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
o melapor apa yang dilihat sahaja.
o menggunakan tafsiran (hipotesis).
b)Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
oMenilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
c)Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
ojangka waktu yang berperingkat.
STRATEGI PELAKSANAAN:
Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut
berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:
oSecara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
oMenggunakan senarai semak.
oPemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
oProses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
oTindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
oJangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
oMaklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
oRefleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
FUNGSI:
a.Penilaian melalui pemerhatian:
o digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
o Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
o Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
b.Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.
c.Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
d.Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?
CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’
a. Kecekapan linguistik/bahasa:
o keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.
o Kecekapan :
o Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
b. Kecekapan muzik:
o Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.
d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
o berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.
e. Kecekapan intrapersonal:
o Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.
f. Kecekapan interpersonal:
o Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
Tuesday, July 28, 2009
INTERAKSI 6
Posted by syuki at 6:38 AM 0 comments
INTERAKSI 5
JENIS-JENIS PENILAIAN
FORMATIF.
- Dikelaskan sebagai ujian rujukan kriteria.
- Mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan
- Mengesan kemajuan murid-murid dalam kelas
- Penilaian ini merupakan penilaian tidak formal dan formal
- Contoh penilaian bentuk tidak formal ialah pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz dan sebagainya.
- Ujian kertas-pensel dalam bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan murid-murid
- Biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta
- Keputusan ujian akan direkodkan dalam borang prestasi dan akan menentukan tindakan selanjutnya seperti menentukan murid-murid dalam kumpulan pemulihan dan pengayaan.
SUMATIF.
- Pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran
- Dikelaskan sebagai ujian rujukan norma
- Penilaian ini dijalankan adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid di anara kelas
- Penilaian adalah berbentuk formal dengan menggunakan ujian kertas-pensel, peperiksaan amali atau bertulis dan sebagainya.
- Biasanya dijalankan pada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.
- Keputusan ujian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dan menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai
UJIAN BAKAT:
- Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
- Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu
UJIAN PENCAPAIAN:
- Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
- Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji
Tujuan:
- Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
- Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
- Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya
Prinsip-prinsip Ujian:
1. Kesahan
- Kesahan pada tajuk kemahiran: ujian tersebut benar-benar/ tepat mengukur perkara yang sebetulnya diukur (dalam silibus)
- Kesahan isi: uji isi kandungan mata pelajaran
- Kesahan gagasan:
oada aspek/ nilai-nilai kemanusiaan dan nilai tingkah laku (kognitif, psikomotor dan afektif)
omempunyai item yang merujuk pada hipotesis (jangkaan awal)
- Kesahan ramalan: soalan yang dikemukakan memandang pada masa depan (unsur ramalan). Contohnya ‘Apa yang berlaku……?’
- Kesahan serentak: pencapaian seserang dalam suatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.
2.Keobjektifan
- Rujuk kepada pemberian markah
- Markah yang diberi sama oleh 5 penilai (contoh)
3.Kebolehtadbiran
- Merujuk kepada sejauh mana proses ujian dapat dilaksanakan
- Tadbir tepat pada masa dan tempat yang sesuai
- Ada pengawas semasa peperiksaan berlangsung
- Ada skrip jawapan sebagai rujukan untuk memeriksa soalan
4.Kebolehtafsiran
- Boleh dinilai / tafsir
- Nampak kelemahan dan kelebihan calon
5.Keboleh percayaan/ketekalan
- Turutan markah (ujian/ markah tekal walaupun ulang seberapa kali)
- Contoh: ujian 1= 5 markah, ujian 2= 10 markah
Klasifikasi Ujian:
Ujian Rujukan Norma
- Bertujuan untuk membandingkan prestasi seorang individu dengan individu-individu yang lain atau membandingkan prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain
Ujian Rujukan Kriteria
- Bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran.
Posted by syuki at 6:17 AM 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
INTERAKSI 4
PEMBINAAN ITEM UJIAN
Pembinaan item objektif:
- Perlu ada ketelusan dan ketepatan dalam memberi markah.
Ciri-ciri:
- merupakan item respons tetap
- memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang telah disediakan
- mengandungi / mempunyai pokok soalan (kata kunci/stem) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item
Jenis Item Objektif:
a) Item Betul-Salah
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.
2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.
3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
4. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.
5. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
6. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
7. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.
8. Perkataan atau kata kunci yang sering digunakan bagi soalan ini ialah ya-tidak, setuju-tidak setuju, betul-salah dan sebagainya.
b) Item Padanan:
Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau
padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.
2. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.
3. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.
4. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
5. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.
c) Item aneka pilihan:
- mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan
- Pokok soalan boleh ayat tidak lengkap atau ayat kenyataan
- harus mempunyai pokok soalan yang jelas dan pengganggu (jawapan yang hampir sama atau mengelirukan)
d) Item ayat tidak lengkap:
- memilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong.
Contoh:
Amir ________ motosikal baru itu.
a. menunggang
b. memandu
c. mengayuh
d. merasa
e) Item jenis cantuman / urutan:
- menggunakan huruf roman pada jawapan
- susun jawapan dan pilih jawapan yang betul
f) Item Pengelasan
- mengandungi dua kumpulan objek perkara yang berkaitan
- calon dikehendaki memilih dan mengklasifikasikan jawapan yang berkaitan.
Panduan Pembinaan Soalan Objektif:
1)Pokok soalan:
-Bahasanya mudah
-Sesuai
-Boleh buat ayat soalan tidak lengkap
-Kesukarannya mengikut aras JSU (taksonomi Bloom)
-Kalau boleh, elakkan atau kurangkan soalan berbentuk negative
-Kalau buat soalan negatif – ‘kecuali’, ‘bukan’, ‘tidak’. (boldkan atau gariskan)
-Gambar rajah, carta, jadual – mesti disediakan atau sertakan dengan soalan yang berkaitan
2)Pilihan jawapan:
-Hendaklah ditulis sejajar dengan anak panah soalan (dari pendek ke panjang)
Contohnya:
Apakah nama ibu negeri Sabah?
a.Kuching
b.Keningau
c.Kota Bharu
d.Kota Kinabalu
-Jika jawapan soalan itu tidak sejajar, kedudukannya adalah dari (panjang ke pendek)
-Elakkan ulangan perkataan
-Pastikan hanya ada satu jawapan yang betul
-Pastikan ada distraktor atau jawapan pengganggu.
-Elakkan jawapan yang = tidak ada jawapan @ semua di atas/ semua betul
3)Struktur item/soalan
-Huruf biasa dan huruf Roman
4)Bahan rangsangan = gambar rajah dan sebagainya.
Kelebihan Soalan Objektif:
1.Mudah:
-Mudah untuk buat soalan
-Mudah untuk disemak
-Mudah ditafsir (item)
2.Mempunyai cirri kebolehpercayaan:
-Boleh ditadbir
-Waktu (contoh: 10 soalan = 10 minit) @ (40 soalan = 35 minit)
-Ada kebolehpercayaan pada soalan itu
-Waktu yang diperuntukkan sesuai dengan jumlah soalan yang disediakan.
3.Menguji banyak topik
4.Boleh digunakan untuk ujian diagnostik
-Ujian peralihan (selalunya dijalankan pada murid Tingkatan satu yang baru mendaftar)
5.Digunakan untuk ujian formatif dan sumatif
Kelemahan Soalan Objektif:
1.Murid tidak dapat mengeluarkan idea atau hujah yang bernas kerana tertakluk pada jawapan yang disediakan
2.Tiada huraian
3.Menggalakkan tekaan (murid yang tidak bersedia pun boleh menjawab soalan tersebut dengan meneka)
4.Soalan aneka pilihan sukar dibina
5.Tahap pengetahuanmurid-murid tidak dapat diukur
6.“Calon yang bijak tidak harus belajar banyak”
Pembinaan item Subjektif:
- lebih mudah untuk dibuat
- sukar untuk disemak kerana banyak
Tindak balas terhad (struktur):
> memerlukan calon menjawab dengan jawapan pendek sahaja
> jawapan boleh diberi dalam satu frasa, ayat dan sebagainya
> stem atau kata kunci yang digunakan: nyatakan, huraikan, senaraikan dll.
Tindak balas lanjutan (esei):
> kata kunci: huraikan, jelaskan dll.
> huraian banyak / panjang
Langkah pembinaan Soalan Subjektif:
1.Bentuk JSU.
-Tentukan skop / aras kemahiran yang akan diuji
2.Gubal soalan struktur atau esei berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
i.Tugas atau arahan soalan hendaklah lengkap dan jelas
ii.Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
iii.Gunakan perkataan; gubahkan, huraikan dll.
3.Bina bilangan soalan yang berpatutan
4.Sediakan skema pemarkahan
5. Cara memeriksa soalan : analitik dan holistik (sangat terperinci)
Kelebihan soalan subjektif:
1.Mudah digubal
2.Sangat sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran
3.Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
4.Kurangkan konsep meneka
5.Boleh membuat calon menganalisis dan mengintegrasikan idea yang diperoleh
Kelemahan soalan subjektif:
1.Pemeriksaan mengambil masa yang lama
2.Ukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
3.Bidang yang diuji adalah terhad
4.Soalan boleh diramal
Posted by syuki at 3:44 AM 0 comments
Friday, July 17, 2009
Interaksi 3
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi:
Jadual yang menggambarkan cirri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu konstruk (kemahiran/tajuk) yang ditaksir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap-tiap konteks, dan taburan aras kesukaran.
Ciri-ciri:
- Merupakan matrik(ketetapan) yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi menegak (kandungan) dan paksi melintang (aras kemahiran).
- Bilangan item atau ujian dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.
Maklumat Dalam JSU:
- Bilangan item mengikut bentuk
- Ada aras kesukaran
- Bentuk ujian
- Topik-topik atau tajuk pelajaran
- Aras taksonomi bloom
- Ada pemberatan peratus kemahiran.
JSU mempunyai maklumat seperti berikut:
- Kandungan ujian yang berupaya topik-topik pelajaran
- Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
- Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
- Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
- Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
- Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU):
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji
Memberi panduan untuk membentuk format ujian
Memberi panduan untuk membentuk soalan
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topic
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah Pembinaan JSU:
- Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
- Tentukan soalan
- Tentukan mood aras
- Jenis ujian yang hendak diuji
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
- Penentuan aras soalan
- Nyatakan mata pelajaran
Penyemakan:
Isi
Arahan jelas
Susunan soalan (dari mudah ke sukar)
Masa yang mencukupi
Ujian Pra:
-Dibuat selepas soalan disemak
-Dijalankan sama ada boleh atau tidak soalan itu diguna
-Soalan ujian Pra mengandungi soalan bagi peperiksaan sebenar dan jika hampir separuh murid dapat menjawab soalan itu, soalan tersebut tidak perlu diubah dan diterima pakai untuk soalan peperiksaan sebenar.
-Untuk menjamin item yang baik….
Kesahan:
-Menurut Thorndike (1991), konsep kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak diukur dan tiada lain selain apa yang kita hendak ukur.
- Menurut Huck dan Cormier (1996), intipati kesahan berkait rapat dengan perkataan ketepatan.
Kebolehpercayaan:
-Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran. (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA)
Kebolehtadbiran (boleh diuruskan dan perjalanan peperiksaan mudah)
Kemudahtafsiran (selepas peperiksaan, soalan mudah ditafsir)
Maklumat daripada ujian pra dapat menolong guru memperbaiki kelemahan.
Konsep Indeks Kesukaran (IK)
-Menentukan soalan atau item soalan samada sukar, sederhana atau mudah.
Formula (pra-ujian):
IK = B (bilangan calon yang menawab betul) Formula untuk calon yang tidak
J (bilangan calon yang menduduki ujian) ramai
Golongan yang menduduki ujian pra untuk dijadikan ujian mencari indeks kesukaran:
Contoh:
2 lemah
2 sederhana
2 tinggi
Bagi calon yang ramai :
IK = BT + BR
J (jumlah calon yang menduduki)
BT: jumlah calon dalam kumpulan rendah yang menjawab soalan yang betul
BR: jumlah calon dalam kumpulan tinggi yang menjawab soalan yang betul
Jadual Indeks Kesukaran:
Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran item / soalan Keputusan
I.K 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 ≤ I.K ≤ 0.8 Sederhana Diterima
I.K > 0.8 Terlalu mudah
Posted by syuki at 5:20 AM 0 comments
Wednesday, July 8, 2009
ISL- 2
Soalan:
Aras Pengetahuan:
1. Apakah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang?
a. Bintulu
b. Samarahan
c. Kuching
d. Limbang
2. Siapakah yang digelar ‘Bapa Kemerdekaan’ Malaysia?
a. Tun Dr. Mahathir
b. Tun Hussein Onn
c. Tun Abdul Razak
d. Tunku Abdul Rahman
Aras Kefahaman:
1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan tubuh badan?
a. Supaya kita sentiasa sihat
b. Supaya kita mempunyai ramai kawan
c. Supaya kita menjadi pandai
d. Supaya kita rajin bersukan
2. Apakah tujuan kita memelihara kebersihan alam sekitar?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Aras Aplikasi:
1. Azman seorang yang tidak suka bersukan dan tidak pandai bermain bola. Sikap Azman boleh diumpamakan sebagai..
a. panjang tangan
b. kaki bangku
c. kera sumbang
d. mulut tempayan
2. Aina dan Ida adalah sahabat karib sejak sekolah rendah lagi. Walaupun mereka telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza, persahabatan mereka masih seperti dahulu bagai..
a. rusa masuk kampung
b. aur dengan tebing
c. telur dihujung tanduk
d. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Aras Analisis:
1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
2.Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Amirah seorang anak yang baik. Dia selalu bangun awal untuk pergi ke sekolah. Dia juga rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya. Amirah amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang baik hati dan selalu membantu mereka dalam pelajaran. Walaupun Amirah baru berusia 11 tahun, dia sering membantu ibu dan ayahnya berniaga kuih di gerai mereka pada hujung minggu. Selain itu, dia juga tidak malas untuk membantu ibunya membersihkan rumah dan menjaga adik-adiknya
Aras Sintesis:
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Air Dalam Kehidupan Seharian”.
2. Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berkhemah di dalam hutan. Apabila hari semakin gelap, dua orang rakan kamu tidak lagi muncul daripada mencari kayu api. Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah tersebut.
Aras Penilaian:
1. Pada pendapat kamu, bahan rujukan yang mana lebih sesuai untuk mengulang kaji pelajaran. Buku-buku rujukan atau laman-laman web berkenaan yang terdapat di internet?
2. Sejauh manakah kehidupan di bandar lebih baik daripada kehidupan di kampung?
Posted by syuki at 5:38 AM 0 comments
Wednesday, July 1, 2009
IntErakSi 2...
TAKSONOMI BLOOM (Benjamin S. Bloom)
- Menitikberatkan aspek kognitif
- bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi
- Tidak menafikan afektif
- Pengetahuan seperti fakta, hukum, dan teori
Contoh soalan:
- menjelaskan cerita berdasarkan cerita yang dibaca
- beri pendapat atau senaraikan isi-isi penting
6 aras Taksonomi Bloom:
1) Pengetahuan
2) Kefahaman
3) Aplikasi
4) Analisis
5) Sintesis
6) Penilaian
Pengetahuan:
# Tujuan:
- mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari tanpa berlaku perubahan.
Contohnya: Bilakah Malaysia merdeka?
- Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingat fakta dll.
- Objektif umum: MENGETAHUI
- Objektif khusus: melabelkan, menyatakan, menulis dll.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan: namakan, berikan, nyatakan senaraikan, siapa, apakah, bilakah, mana, dll.
Kefahaman:
- Kebolehan memberi penjelasan dan makna kepada sesuatu perkara
- tinggi sedikit daripada aras pengetahuan
- 3 perkara penting:
1) terjemahan isi kepada huraian (ada huraian fakta)
2) memberi tafsiran atau makna sesuatu maklumat
Contoh:
SITUASI: IBU ALI MENINGGAL DUNIA
Tafsiran: Ibu Ali meninggal dunia kerana sakit atau semua orang di dunia ini pasti
akan meninggal dunia suatu hari nanti dan sebagainya.
3) arasnya extrapolasi atau tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan
Contoh: Manusia perlu bersedia menghadapi maut dan terdapat sebab dan akibat maut itu
#Tujuan:
- memahami suatu bahan
- menjelaskan dan menjangkakan kemungkinan
Objektif umum: supaya memahami, menjelaskan, menterjemah dan mentelaah apa yang dipelajari
Objektif khusus: menjelaskan, menuliskan, membezakan, menerangkan dll.
Jenis/ contoh soalan: jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, mengapa dll..
Antara contoh soalan:
- meringkaskan cerita karangan
- membandingkan Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia
- apakah tujuan....................
Aplikasi:
#Tujuan:
menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk selesaikan masalah yang maujud (berlawanan dengan mujarat @ konkrit)
Objektif umum: menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan dll...
Objektif khusus: menggunakan, menyelesaikan, mengira dll..
Jenis: bagaimana dll..
Contoh: Ali meinggal dunia -------------- Dia meninggal dunia kerana dibunuh
(abstrak) (konkrit)
- aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori
Analisis:
- Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
#Tujuan:
- Menaakul sebab dan musabab (akibat) atau memberikan sesuatu tajuk ke beberapa bahagian.
Objektif umum: mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan data
Objektif spesifik: mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi
Contoh soalan:
Yang manakah antara berikut tidak menggunakan cirri-ciri kata kerja yang betul?
Kosa kata popular: bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan dll.
Sintesis:
- Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
#Tujuan:
- Membentuk sesuatu yang baharu.
Objektif umum: menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
Objektif spesifik: menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.
Contoh: Buat karangan tentang ‘Saya Sebatang Pen’.
Kosa kata popular: gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan.
Contoh:
1) Mencadangkan: Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu?
2) Mencipta: Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan………..
Penilaian:
- Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, memberi pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya
#Tujuan: Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan criteria tertentu
Objektif umum: menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif spesifik: menilai, membuat pertimbangan
Jenis: sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.
Kosa kata popular: nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan dll.
Contoh soalan:
1) Pada pendapat kamu, ujian yang mana lebih sesuai untuk penilaian pendidikan. Ujian lisan atau bertulis?
2) Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan?
DOMAIN KRATHWOHL
• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
• Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi, nilai dan sikap.
• Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
• Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
• Disusun kepada 5 peringkat iaitu :
i) Penerimaan
ii) Bertindak balas
iii) Menilai
iv) Organisasi
v) Perwatakan
Penerimaan:
Keinginan dan kesanggupan menerima:
Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.
Kesedaran:
Faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.
Perhatian terkawal:
Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasikan sajak
- Objektif am:
• mendengar dengan berhati-hati
• menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran
• menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial
• menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan
• mengambil bahagian dalam aktiviti kelas
- Hasil pembelajaran spesifik:
Menyoal
Memilih
Menghuraikan
Mengikut
Mengenalpasti
Menamakan
Menggunakan
Bertindak Balas:
- Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau rangsangan
- Mengambil bahagian secara aktif
- Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas
- Krathwohl memberi tiga peringkat tindak balas:
1. Persetujuan membalas
2. Kesediaan membalas (tiada paksaan kepada pelajar untuk memberi tindak balas ketika proses P&P dan pelajar lakukan dengan rela)
3. Kepuasaan
Objektif am:
- melengkapkan kerja rumah
- pelajar ambil bahagian dalam perbincangan kelas
- seronok bantu rakan
- melakukan tugas suka rela)
Objektif spesifik:
- pelajar boleh menulis tentang isi pembelajaran
- suruh murid menjawab soalan
- melafazkan sesuatu (lisan) secara teratur dengan intonasi yang betul
Menilai:
- kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku
- menilai adalah berdasarkan penghayatan (satu set nilai spesifik)
- Krathwohl memberi 3 kategori:
1) Penerimaan (murid menerima sesuatu yang baik / keinginan menguasai penulisan esei)
2) Pilihan (usaha memperoleh sesuatu nilai yang telah dipilih / komitmen)
3) Penglibatan (dalam perbincangan kelas / arahan ketua kelas)
Objektif akan tercapai
Objektif am:
- Menghargai karya orang lain
- Menyelesaian masalah
- Menunjukkan sikap bekerjasama
Objektif spesifik:
- Dapat berbincang dengan rakan-rakan
- Melaporkan……
- Mencadangkan…….
Organisasi:
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai
- Nilai yang diharapkan selepas P&P: Pelajar boleh mengorganisasikan atau mengaplikasikan nilai. Contohnya, ada interaksi antara pelajar.
- Pelajar juga dapat bezakan nilai yang penting dan kurang penting
- Objektif pembelajaran am: Pelajar mampu mereka cipta. Contohnya, cipta baju yang bergaya –punyai nilai estetika.
- Objektif pembelajaran spesifik: Mampu mencipta, mampu membina. (ada peningkatan- apa yang dicipta oleh murid itu ada peningkatan)
- Kategori:
• Penanggapan: mampu cipta konsep yang abstrak
• Organisasi: kebolehan menyatukan atau aplikasi nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem.
Perwatakan:
- Apa yang diharapkan daripada perwatakan pelajar selepas P&P?
• Perubahan tingkah laku (positif)
- Kategori:
•Set am:
-kebolehan kekalkan nilai-nilai. (perwatakan)
-konfiden akan berjaya
•Perwatakan:
-disiplin diri (dapat selesaikan perkara yang baik)
-membentuk falsafah hidup yang konsisten (tidak berubah-ubah)
Di bawah ni, adalah nota tambahan yg saya dapat dari rakan guru pelatih IPGM yg lain.. Sekadar bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan..
PENGETAHUAN
Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.
Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.
Komponen Pengetahuan
Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
- Pengetahuan tentang terminologi
- Pengetahuan tentang fakta
- Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
- Pengetahuan tentang urutan
- Pengetahuan tentang pengkelasan
- Pengetahuan tentang kriteria
- Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
- Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
- Pengetahuan tentang teori dan struktur
KEFAHAMAN
Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, inter-pretasi dan ekstrapolasi.
Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :
- Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
- Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
- Membaca Al-Quran
- Membaca skor muzik
Interpretasi
Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :
- Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
- Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.
- Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.
Ekstrapolasi:
Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :
- Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.
- Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
- Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.
APLIKASI
Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.
Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :
- Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
- Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
- Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
- Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.
Mengingat semula prinsip atau genealisasi yang berkaitan untuk digunakan.
Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :
- Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
- Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.
- Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.
- Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi
- Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.
- Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.
ANALISIS
Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemenatau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah :
Analisis Elemen:
Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :
- Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi itu.
- Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
- Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi itu.
- Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.
Analisa Perkaitan:
Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :
- Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
- Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang
dibuat.
- Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
- Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
- Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.
Analisa Organisasi:
Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :
- Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam suatu set komunikasi.
- Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
- Mengenalpasti bentuk dan corak.
- Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
- Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.
SINTESIS
Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.
Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :
- Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
- Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
- Melukis dan membina bahan grafik.
- Mencipta lagu.
Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :
- Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
- Mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.
Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :
- Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
- Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik.
- Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman.
PENILAIAN
Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.
Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :
- Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
- Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
- Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
- Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian tentang fenomena alam.
Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja criteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan. Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
- Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
- Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.
Posted by syuki at 4:18 AM 0 comments