BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 29, 2009

INTERAKSI 12

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

DEFINISI BROSUR:

- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Rubrik Penilaian Brosur:

1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi :
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi :
1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.


2.DEFINISI POWER POINT

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.


MATLAMAT:

• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF:

• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI:

• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan
4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.


Halaman sesawang : web

Persembahan rekaan
Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
Penggunaan laras bahasa yang sesuai
Mempunyai maklumat tambahan
Mempunyai jaringan yang luas

INTERAKSI 11

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


Definisi penilaian pengalaman pembelajaran:

- Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

- Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

- Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.


PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN:


TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR
1. PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN

A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game

b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW


Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:

• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan
b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

- Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.

- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

INTERAKSI 10

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA


FORUM:

-sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
-dijalankan secara formal.
-teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a)pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b)meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
-tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar
-soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT:

-pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
-terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
-huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
-setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
-pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
-sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO:

-huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
-pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
-hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN:

-Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
-Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
-Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
-Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
-Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
-Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
-Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK:

-Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
-Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
-Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
-Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH:

-Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
-Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
-Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
-antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN:

-Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
-Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
-Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
-Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

Peringkat / Langkah Kemahiran:

1)Persediaan
-Memahami tajuk dan kehendak soalan
-Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
-Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
-Menulis perenggan pendahuluan
-Mengembangkan isi-isi secara tersusun
-Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan
-Menyemak ejaan dan tanda baca
-Menyemak tatabahasa
-Menyemak jumlah perkataan

Wednesday, September 9, 2009

INTERAKSI 9



PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA:
Kemahiran lisan, membaca dan menullis)


PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA MENGANDUNGI KEMAHIRAN SEPERTI BERIKUT:

•Kemahiran Lisan
•Kemahiran Membaca
•Kemahiran Menulis

Pengenalan:

Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

(Kemahiran mendengar):

-Kemahiran paling asas
-Berlaku pada peringkat penerimaan
-Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa
yg didengar.

(Kemahiran bertutur):

-Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
-Peringkat penglahiran
-Perlu ditiru & diajuk
-Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

KEMAHIRAN LISAN (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR):

Tujuan Kemahiran Lisan:

-Menyebut perkataan / ayat dgn betul
-Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
-Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
-Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
-Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran yang boleh diperolehi murid:

-Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
-Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
-Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar & menghormati pertuturan org lain.
-Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
-Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
-Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat:

-bacaan kuat
-syarahan
-perbahasan
-bercerita
-perbincangan
-hafazan
-temu bual
-soal jawab
-nyanyian
-deklamasi sajak
-mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian Lisan membolehkan guru:

-mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
-mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
-mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
-mengesan kelancaran dalam sebutan.
-mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
-Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Contoh : PLBS

-Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
-aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
-pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
-aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Konsep kemahiran mendengar:

-Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
-Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-peringkat.
-Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
-Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
-Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
-Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)

Peringkat Kemahiran mendengar:

1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi


Jenis-jenis mendengar:

1. Mendengar pasif:
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.

2. Mendengar secara bertelau-telau:
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut.

3. Mendengar tanpa tindak balas:
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami

4. Mendengar secara menebuk-nebuk:
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

5. Mendengar secara beremosi:
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas

6. Mendengar secara berhati-hati:
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat

7. Mendengar secara kritikal:
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK

8. Mendengar secara pengamatan:
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna)

9. Mendengar secara kreatif:
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:

1. Peringkat awal:
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi

2. Peringkat pertengahan:
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat

3. Peringkat maju:
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi

Konsep bertutur:

-Gabungan bunyi-bunyi bahasa
-Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
-Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
-Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan:

a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya bahasa berdasarkan nada:

Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.

Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu.

Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan:

- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan
alat artikulasi.

KEMAHIRAN BERTUTUR:

Konsep :
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan:
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :


Kemahiran menulis:

-Menyusun idea
-Penggunaan tanda baca
-Perbendaharaan kata
-Mengaplikasi
-Mentafsir
-Menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :

- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuj
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan

Bentuk Item Soalan:
- Bentuk Item Objektif
- Bentuk Item Subjektif

Tujuan:
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian

KEMAHIRAN MEMBACA:

•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya :

Contoh teknik:

SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.

Konsep membaca:

Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang dilihat.

Tujuan:

• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.

Cara Gaya Pembacaan:

•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.

Peringkat bacaan:

• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif

Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:

- Kadar kelajuan
- Pergerakan mata
- Mengenal pasti struktur ayat
- Membaca secara kuat
- Membaca secara aktif
- Menunjuk
- Motivasi
- Gerak hati atau jangkaan
- Keadaan fizikal

Peringkat Pemahaman:

- Peringkat Lateral:
Pengetahuan dan pemahaman murid
Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami

- Interpretasi:
Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan

- Inferens:
Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Menentukan sebab dan akibat

Menilai:
-Peringkat analisis dan sintesis
-Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom
-Mampu membezakan yang baik dan buruk.
-Mempunyai pendapat tersendiri.

Teknik SQ3R:

Diperkenalkan oleh Robinson (1961).

-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.


S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.

R – Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R – Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat.

Kelebihan:

- Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar.
- Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat.
- Lebih fokus terhadap apa yang kita baca.

INTERAKSI 8



Penilaian Bahasa Melalui Projek



Pengenalan:

• Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
• Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
• Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
• Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil
disediakan.
• Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
• Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir
secara reflektif dan berketrampilan.

Tujuan:

• Menggalakkan pelajar bekerjasama.
• Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
• Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
• Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
• Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu
berbincang.

Garis panduan laporan projek:

• Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topic.
• Tentukan kriteria penilaian.
• Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras
bahasa)
• Guna contoh yang sesuai.
• Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.

Langkah-langkah untuk menjalankan projek:

1. Penentuan tajuk dan skop
2. Penilaian awal projek
3. Pelaksanaan strategi
4. Pemprosesan maklumat
5. Penilaian hasil projek

Tuesday, August 11, 2009

INTERAKSI 7


PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN DAN SOAL JAWAB


Penilaian Melalui KOntrak Pembelajaran:

• Apakah itu Kontrak Pembelajaran?
• Fungsi
• Bagaimana ia digunakan?

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran

•Perjanjian Pembelajaran (Persetujuan pembelajaran)
• Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar
( individu / kumpulan )
• Dibuat secara bertulis
•Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat
yang disenaraikan.
•Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
•Kriteria ditetapkan oleh guru

Kriteria-kriteria yang berkaitan:


• Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
-tahap tugasan perlu dilaksanakan

• Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
-individu atau kumpulan

• Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
-penilaian dibuat secara berproses atau tidak

• Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak
tersebut


Fungsi:

• Pelajar mengenal pasti & merekod
-pembelajaran kendiri (kenalpasti kaedah dll)

• Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri

• Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut .
-kolaborasi, perbindangan, rujukan melalui buku

• Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya

• Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai

• Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai.

• Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut
minat& keupayaan masing2

• Hasilkan kerja yang terancang

• Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan.

Bagaimana ia digunakan:

Penilaian objektif tugasan:

• Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
• Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana2 yang
difikirkan paling sesuai
• Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang
paling sesuai .

Hasil pembelajaran:

• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya
sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb.
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh
guru


Penilaian:

• Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk
keseluruhan dalam kontrak mereka
• Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta
hasil tugasan
• Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar
berdasarkan syarat2 / kriteria tertentu
• Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya
-guru hanya pantau untuk menjamin kesahan


Format / bentuk :

• Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan
tugasan/kontrak & pihak yang terlibat
• Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan
dengan jelas & rapi
• Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas

Rumusan:

Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya. Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

Penilaian Melalui Soal jawab:

•guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di
dalam kelas.
•guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
•guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula.
•guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah
yang lebih mudah lagi.Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

Tuesday, July 28, 2009

INTERAKSI 6

Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian melalui portfolio

Pengenalan:

•Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Ciri-ciri portfolio:

•Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti
•Dijalankan secara kolaboratif
•Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk
•Menggalakkan pembelajaran secara interaktif
•Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.

Penilaian portfolio:

•Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.
•Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.
•Lebih terbuka dan seimbang
•Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran
•Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama

Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina:

1.Portfolio kerja harian

•Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
•Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.


2.Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio

•Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.

•Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.


3.Portfolio dokumen/ Documentary Portfolio

•Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
•Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat

Kegunaan portfolio:

•Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.
•Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya
•Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri
•Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar
•Mempelbagaikan bukti penilaian.
•Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

Perancangan:
(sebelum membuat portfolio, beberapa perkara harus diambil kira:)

•soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
•Isi kandungan portfolio
•Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
•Penilaian portfolio.


Cara membina portfolio:


Menentukan tujuan portfolio:

-Menghuraikan tujuan portfolio.
-Menghuraikan instrumen portfolio.
-Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan isi portfolio:

-Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.
-Menghuraikan luas bidang pembelajaran.
-Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
-Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.
-Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.
-Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.

Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar:

- Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
- Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.


Mengumpul maklumat:

•Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.
-Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan
cetak dan Teknologi maklumat.
-Lawatan
-Temubual

•Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.
-inti/rumusan dari pelbagai sumber
-Imbas gambar foto
-Bentukk soal semak di komputer
-Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

Bagaimana menilai portfolio?

•Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
•Menggunakan peta perkembangan pelajar .
•Contoh:
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
A 2 Menyebut bunyi huruf
N 1 Permulaan mengenal huruf

•Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti
•Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Merekod penilaian portfolio:

•Penilaian awal
•Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.
•Senarai ciri paling penting
•Penentuan gred

Senarai semak porfolio- Penilaian peringkat perancangan :

•Peringkat perkembangan/proses.
•Peringkat penilaian
•Peringkat refleksi/penutup.
•Sikap interaksi dan penglibatan.


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

PENGENALAN:

- Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
- Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
- Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.

PELAKSANAAN PROSES PEMERHATIAN:

A.Kualiti Pemerhatian
B.Bentuk Perancangan
C.Rekod Pemerhatian

a)Kualiti Pemerhatian:

Guru perlu:

oBerpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.
oPeka terhadap perubahan.
oYakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
oIkhlas dan jujur.
oBersikap terbuka.
oTekal dan stabil.

b)Bentuk perancangan:

Bentuk perancangan??

oPerancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.
oMengenal pasti aspek yang hendak dinilai.
oMenetapkan jangka waktu proses penilaian.
oMenyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.
oMenentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.
oMerangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.

c)Rekod Pemerhatian:

Rekod pemerhatian yang diperlukan:

oPendekatan: kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.

oMenjalankan Tugasan :
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

oCara merekodkan dapatan dan rumusan :
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

oTindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

JENIS-JENIS PEMERHATIAN:

Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan
dan aspek yang hendak dinilai/diperhati, iaitu:

a)Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
o melapor apa yang dilihat sahaja.
o menggunakan tafsiran (hipotesis).

b)Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.
oMenilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

c)Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
ojangka waktu yang berperingkat.


STRATEGI PELAKSANAAN:

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut
berbagai-bagai strategi, antaranya ialah:

oSecara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.
oMenggunakan senarai semak.
oPemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.
oProses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.
oTindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
oJangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
oMaklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
oRefleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.


FUNGSI:

a.Penilaian melalui pemerhatian:
o digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
o Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
o Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

b.Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.

c.Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.

d.Membantu guru mengetahui
- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut.
- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang positif.
- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?



CONTOH 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’

a. Kecekapan linguistik/bahasa:
o keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.
o Kecekapan :
o Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

b. Kecekapan muzik:
o Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.

d. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’:
o berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

e. Kecekapan intrapersonal:
o Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.

f. Kecekapan interpersonal:
o Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

INTERAKSI 5

JENIS-JENIS PENILAIAN

FORMATIF.

- Dikelaskan sebagai ujian rujukan kriteria.
- Mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan
- Mengesan kemajuan murid-murid dalam kelas
- Penilaian ini merupakan penilaian tidak formal dan formal
- Contoh penilaian bentuk tidak formal ialah pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, kuiz dan sebagainya.
- Ujian kertas-pensel dalam bentuk formal digunakan untuk menilai kemajuan murid-murid
- Biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya dapat membetulkan kesalahannya dengan serta merta
- Keputusan ujian akan direkodkan dalam borang prestasi dan akan menentukan tindakan selanjutnya seperti menentukan murid-murid dalam kumpulan pemulihan dan pengayaan.

SUMATIF.

- Pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran
- Dikelaskan sebagai ujian rujukan norma
- Penilaian ini dijalankan adalah untuk mengesan pencapaian murid dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid di anara kelas
- Penilaian adalah berbentuk formal dengan menggunakan ujian kertas-pensel, peperiksaan amali atau bertulis dan sebagainya.
- Biasanya dijalankan pada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.
- Keputusan ujian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dan menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai


UJIAN BAKAT:


- Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
- Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu


UJIAN PENCAPAIAN:


- Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
- Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
- Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuan:
- Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
- Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
- Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya





Prinsip-prinsip Ujian:


1. Kesahan

- Kesahan pada tajuk kemahiran: ujian tersebut benar-benar/ tepat mengukur perkara yang sebetulnya diukur (dalam silibus)
- Kesahan isi: uji isi kandungan mata pelajaran
- Kesahan gagasan:
oada aspek/ nilai-nilai kemanusiaan dan nilai tingkah laku (kognitif, psikomotor dan afektif)
omempunyai item yang merujuk pada hipotesis (jangkaan awal)
- Kesahan ramalan: soalan yang dikemukakan memandang pada masa depan (unsur ramalan). Contohnya ‘Apa yang berlaku……?’
- Kesahan serentak: pencapaian seserang dalam suatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah.

2.Keobjektifan

- Rujuk kepada pemberian markah
- Markah yang diberi sama oleh 5 penilai (contoh)


3.Kebolehtadbiran

- Merujuk kepada sejauh mana proses ujian dapat dilaksanakan
- Tadbir tepat pada masa dan tempat yang sesuai
- Ada pengawas semasa peperiksaan berlangsung
- Ada skrip jawapan sebagai rujukan untuk memeriksa soalan

4.Kebolehtafsiran

- Boleh dinilai / tafsir
- Nampak kelemahan dan kelebihan calon

5.Keboleh percayaan/ketekalan

- Turutan markah (ujian/ markah tekal walaupun ulang seberapa kali)
- Contoh: ujian 1= 5 markah, ujian 2= 10 markah

Klasifikasi Ujian:

Ujian Rujukan Norma

- Bertujuan untuk membandingkan prestasi seorang individu dengan individu-individu yang lain atau membandingkan prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan-kumpulan yang lain

Ujian Rujukan Kriteria
- Bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran.

Tuesday, July 21, 2009

INTERAKSI 4

PEMBINAAN ITEM UJIAN

Pembinaan item objektif:

- Perlu ada ketelusan dan ketepatan dalam memberi markah.
Ciri-ciri:
- merupakan item respons tetap
- memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang telah disediakan
- mengandungi / mempunyai pokok soalan (kata kunci/stem) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item

Jenis Item Objektif:

a) Item Betul-Salah


1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.

2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

4. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

5. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

6. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

7. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

8. Perkataan atau kata kunci yang sering digunakan bagi soalan ini ialah ya-tidak, setuju-tidak setuju, betul-salah dan sebagainya.


b) Item Padanan:

Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.

1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau
padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

2. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

4. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

5. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.


c) Item aneka pilihan:


- mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan
- Pokok soalan boleh ayat tidak lengkap atau ayat kenyataan
- harus mempunyai pokok soalan yang jelas dan pengganggu (jawapan yang hampir sama atau mengelirukan)


d) Item ayat tidak lengkap:

- memilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong.

Contoh:

Amir ________ motosikal baru itu.
a. menunggang
b. memandu
c. mengayuh
d. merasa


e) Item jenis cantuman / urutan:

- menggunakan huruf roman pada jawapan
- susun jawapan dan pilih jawapan yang betul


f) Item Pengelasan

- mengandungi dua kumpulan objek perkara yang berkaitan
- calon dikehendaki memilih dan mengklasifikasikan jawapan yang berkaitan.



Panduan Pembinaan Soalan Objektif:

1)Pokok soalan:

-Bahasanya mudah
-Sesuai
-Boleh buat ayat soalan tidak lengkap
-Kesukarannya mengikut aras JSU (taksonomi Bloom)
-Kalau boleh, elakkan atau kurangkan soalan berbentuk negative
-Kalau buat soalan negatif – ‘kecuali’, ‘bukan’, ‘tidak’. (boldkan atau gariskan)
-Gambar rajah, carta, jadual – mesti disediakan atau sertakan dengan soalan yang berkaitan



2)Pilihan jawapan:

-Hendaklah ditulis sejajar dengan anak panah soalan (dari pendek ke panjang)

Contohnya:

Apakah nama ibu negeri Sabah?

a.Kuching
b.Keningau
c.Kota Bharu
d.Kota Kinabalu

-Jika jawapan soalan itu tidak sejajar, kedudukannya adalah dari (panjang ke pendek)
-Elakkan ulangan perkataan
-Pastikan hanya ada satu jawapan yang betul
-Pastikan ada distraktor atau jawapan pengganggu.
-Elakkan jawapan yang = tidak ada jawapan @ semua di atas/ semua betul

3)Struktur item/soalan

-Huruf biasa dan huruf Roman

4)Bahan rangsangan = gambar rajah dan sebagainya.

Kelebihan Soalan Objektif:

1.Mudah:
-Mudah untuk buat soalan
-Mudah untuk disemak
-Mudah ditafsir (item)

2.Mempunyai cirri kebolehpercayaan:
-Boleh ditadbir
-Waktu (contoh: 10 soalan = 10 minit) @ (40 soalan = 35 minit)
-Ada kebolehpercayaan pada soalan itu
-Waktu yang diperuntukkan sesuai dengan jumlah soalan yang disediakan.

3.Menguji banyak topik

4.Boleh digunakan untuk ujian diagnostik
-Ujian peralihan (selalunya dijalankan pada murid Tingkatan satu yang baru mendaftar)

5.Digunakan untuk ujian formatif dan sumatif

Kelemahan Soalan Objektif:

1.Murid tidak dapat mengeluarkan idea atau hujah yang bernas kerana tertakluk pada jawapan yang disediakan
2.Tiada huraian
3.Menggalakkan tekaan (murid yang tidak bersedia pun boleh menjawab soalan tersebut dengan meneka)
4.Soalan aneka pilihan sukar dibina
5.Tahap pengetahuanmurid-murid tidak dapat diukur
6.“Calon yang bijak tidak harus belajar banyak”

Pembinaan item Subjektif:

- lebih mudah untuk dibuat
- sukar untuk disemak kerana banyak

Tindak balas terhad (struktur):
> memerlukan calon menjawab dengan jawapan pendek sahaja
> jawapan boleh diberi dalam satu frasa, ayat dan sebagainya
> stem atau kata kunci yang digunakan: nyatakan, huraikan, senaraikan dll.

Tindak balas lanjutan (esei):
> kata kunci: huraikan, jelaskan dll.
> huraian banyak / panjang

Langkah pembinaan Soalan Subjektif:


1.Bentuk JSU.
-Tentukan skop / aras kemahiran yang akan diuji

2.Gubal soalan struktur atau esei berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

i.Tugas atau arahan soalan hendaklah lengkap dan jelas
ii.Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
iii.Gunakan perkataan; gubahkan, huraikan dll.

3.Bina bilangan soalan yang berpatutan

4.Sediakan skema pemarkahan

5. Cara memeriksa soalan : analitik dan holistik (sangat terperinci)

Kelebihan soalan subjektif:

1.Mudah digubal
2.Sangat sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran
3.Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
4.Kurangkan konsep meneka
5.Boleh membuat calon menganalisis dan mengintegrasikan idea yang diperoleh

Kelemahan soalan subjektif:

1.Pemeriksaan mengambil masa yang lama
2.Ukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
3.Bidang yang diuji adalah terhad
4.Soalan boleh diramal

Friday, July 17, 2009

Interaksi 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Definisi:

Jadual yang menggambarkan cirri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu konstruk (kemahiran/tajuk) yang ditaksir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap-tiap konteks, dan taburan aras kesukaran.

Ciri-ciri:

- Merupakan matrik(ketetapan) yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi menegak (kandungan) dan paksi melintang (aras kemahiran).

- Bilangan item atau ujian dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.

Maklumat Dalam JSU:

- Bilangan item mengikut bentuk
- Ada aras kesukaran
- Bentuk ujian
- Topik-topik atau tajuk pelajaran
- Aras taksonomi bloom
- Ada pemberatan peratus kemahiran.

JSU mempunyai maklumat seperti berikut:

- Kandungan ujian yang berupaya topik-topik pelajaran
- Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
- Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
- Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
- Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
- Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU):

 Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan
 Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian
 Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran
 Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji
 Memberi panduan untuk membentuk format ujian
 Memberi panduan untuk membentuk soalan
 Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun
 Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topic
 Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain


Langkah Pembinaan JSU:

- Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
- Tentukan soalan
- Tentukan mood aras
- Jenis ujian yang hendak diuji
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
- Penentuan aras soalan
- Nyatakan mata pelajaran

Penyemakan:

 Isi
 Arahan jelas
 Susunan soalan (dari mudah ke sukar)
 Masa yang mencukupi

Ujian Pra:

-Dibuat selepas soalan disemak
-Dijalankan sama ada boleh atau tidak soalan itu diguna
-Soalan ujian Pra mengandungi soalan bagi peperiksaan sebenar dan jika hampir separuh murid dapat menjawab soalan itu, soalan tersebut tidak perlu diubah dan diterima pakai untuk soalan peperiksaan sebenar.
-Untuk menjamin item yang baik….

 Kesahan:

-Menurut Thorndike (1991), konsep kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang hendak diukur dan tiada lain selain apa yang kita hendak ukur.
- Menurut Huck dan Cormier (1996), intipati kesahan berkait rapat dengan perkataan ketepatan.

 Kebolehpercayaan:
-Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran. (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA)

 Kebolehtadbiran (boleh diuruskan dan perjalanan peperiksaan mudah)

 Kemudahtafsiran (selepas peperiksaan, soalan mudah ditafsir)


 Maklumat daripada ujian pra dapat menolong guru memperbaiki kelemahan.



Konsep Indeks Kesukaran (IK)

-Menentukan soalan atau item soalan samada sukar, sederhana atau mudah.

Formula (pra-ujian):

IK = B (bilangan calon yang menawab betul) Formula untuk calon yang tidak
J (bilangan calon yang menduduki ujian) ramai


Golongan yang menduduki ujian pra untuk dijadikan ujian mencari indeks kesukaran:

Contoh:
2 lemah

2 sederhana

2 tinggi


Bagi calon yang ramai :


IK = BT + BR
J (jumlah calon yang menduduki)

BT: jumlah calon dalam kumpulan rendah yang menjawab soalan yang betul
BR: jumlah calon dalam kumpulan tinggi yang menjawab soalan yang betul







Jadual Indeks Kesukaran:


Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran item / soalan Keputusan

I.K  0.3 Terlalu sukar Ubahsuai


0.3 ≤ I.K ≤ 0.8 Sederhana Diterima


I.K > 0.8 Terlalu mudah

Wednesday, July 8, 2009

ISL- 2

Soalan:

Aras Pengetahuan:

1. Apakah ibu negeri Sarawak Bumi Kenyalang?

a. Bintulu
b. Samarahan
c. Kuching
d. Limbang

2. Siapakah yang digelar ‘Bapa Kemerdekaan’ Malaysia?

a. Tun Dr. Mahathir
b. Tun Hussein Onn
c. Tun Abdul Razak
d. Tunku Abdul Rahman

Aras Kefahaman:

1. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan tubuh badan?

a. Supaya kita sentiasa sihat
b. Supaya kita mempunyai ramai kawan
c. Supaya kita menjadi pandai
d. Supaya kita rajin bersukan

2. Apakah tujuan kita memelihara kebersihan alam sekitar?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________


Aras Aplikasi:

1. Azman seorang yang tidak suka bersukan dan tidak pandai bermain bola. Sikap Azman boleh diumpamakan sebagai..

a. panjang tangan
b. kaki bangku
c. kera sumbang
d. mulut tempayan

2. Aina dan Ida adalah sahabat karib sejak sekolah rendah lagi. Walaupun mereka telah melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza, persahabatan mereka masih seperti dahulu bagai..

a. rusa masuk kampung
b. aur dengan tebing
c. telur dihujung tanduk
d. ketam mengajar anaknya berjalan lurus




Aras Analisis:

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.












2.Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Amirah seorang anak yang baik. Dia selalu bangun awal untuk pergi ke sekolah. Dia juga rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgunya. Amirah amat disenangi oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang baik hati dan selalu membantu mereka dalam pelajaran. Walaupun Amirah baru berusia 11 tahun, dia sering membantu ibu dan ayahnya berniaga kuih di gerai mereka pada hujung minggu. Selain itu, dia juga tidak malas untuk membantu ibunya membersihkan rumah dan menjaga adik-adiknya



Aras Sintesis:

1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Air Dalam Kehidupan Seharian”.

2. Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berkhemah di dalam hutan. Apabila hari semakin gelap, dua orang rakan kamu tidak lagi muncul daripada mencari kayu api. Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah tersebut.


Aras Penilaian:

1. Pada pendapat kamu, bahan rujukan yang mana lebih sesuai untuk mengulang kaji pelajaran. Buku-buku rujukan atau laman-laman web berkenaan yang terdapat di internet?

2. Sejauh manakah kehidupan di bandar lebih baik daripada kehidupan di kampung?

Wednesday, July 1, 2009

IntErakSi 2...

TAKSONOMI BLOOM (Benjamin S. Bloom)

- Menitikberatkan aspek kognitif
- bercorak hierarki iaitu tahap rendah ke tahap tinggi
- Tidak menafikan afektif
- Pengetahuan seperti fakta, hukum, dan teori

Contoh soalan:
- menjelaskan cerita berdasarkan cerita yang dibaca
- beri pendapat atau senaraikan isi-isi penting


6 aras Taksonomi Bloom:

1) Pengetahuan
2) Kefahaman
3) Aplikasi
4) Analisis
5) Sintesis
6) Penilaian







Pengetahuan:


# Tujuan:
- mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari tanpa berlaku perubahan.
Contohnya: Bilakah Malaysia merdeka?
- Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingat fakta dll.
- Objektif umum: MENGETAHUI
- Objektif khusus: melabelkan, menyatakan, menulis dll.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan: namakan, berikan, nyatakan senaraikan, siapa, apakah, bilakah, mana, dll.


Kefahaman:
- Kebolehan memberi penjelasan dan makna kepada sesuatu perkara
- tinggi sedikit daripada aras pengetahuan
- 3 perkara penting:
1) terjemahan isi kepada huraian (ada huraian fakta)
2) memberi tafsiran atau makna sesuatu maklumat

Contoh:
SITUASI: IBU ALI MENINGGAL DUNIA
Tafsiran: Ibu Ali meninggal dunia kerana sakit atau semua orang di dunia ini pasti
akan meninggal dunia suatu hari nanti dan sebagainya.

3) arasnya extrapolasi atau tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan

Contoh: Manusia perlu bersedia menghadapi maut dan terdapat sebab dan akibat maut itu

#Tujuan:
- memahami suatu bahan
- menjelaskan dan menjangkakan kemungkinan

Objektif umum: supaya memahami, menjelaskan, menterjemah dan mentelaah apa yang dipelajari
Objektif khusus: menjelaskan, menuliskan, membezakan, menerangkan dll.

Jenis/ contoh soalan: jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, mengapa dll..

Antara contoh soalan:
- meringkaskan cerita karangan
- membandingkan Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia
- apakah tujuan....................

Aplikasi:

#Tujuan:
menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk selesaikan masalah yang maujud (berlawanan dengan mujarat @ konkrit)

Objektif umum: menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan dll...

Objektif khusus: menggunakan, menyelesaikan, mengira dll..

Jenis: bagaimana dll..
Contoh: Ali meinggal dunia -------------- Dia meninggal dunia kerana dibunuh
(abstrak) (konkrit)

- aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori


Analisis:

- Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

#Tujuan:
- Menaakul sebab dan musabab (akibat) atau memberikan sesuatu tajuk ke beberapa bahagian.
Objektif umum: mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan data
Objektif spesifik: mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi

Contoh soalan:
Yang manakah antara berikut tidak menggunakan cirri-ciri kata kerja yang betul?


Kosa kata popular: bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan dll.

Sintesis:

- Menguji kebolehan calon mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

#Tujuan:
- Membentuk sesuatu yang baharu.

Objektif umum: menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
Objektif spesifik: menggabungkan, menggubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta.
Contoh: Buat karangan tentang ‘Saya Sebatang Pen’.

Kosa kata popular: gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan.

Contoh:
1) Mencadangkan: Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu?

2) Mencipta: Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan………..



Penilaian:

- Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, memberi pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya

#Tujuan: Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan criteria tertentu

Objektif umum: menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif spesifik: menilai, membuat pertimbangan
Jenis: sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.

Kosa kata popular: nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan dll.

Contoh soalan:
1) Pada pendapat kamu, ujian yang mana lebih sesuai untuk penilaian pendidikan. Ujian lisan atau bertulis?
2) Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan?






DOMAIN KRATHWOHL

• Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
• Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi, nilai dan sikap.
• Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
• Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
• Disusun kepada 5 peringkat iaitu :

i) Penerimaan
ii) Bertindak balas
iii) Menilai
iv) Organisasi
v) Perwatakan



Penerimaan:

 Keinginan dan kesanggupan menerima:
Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan.

 Kesedaran:
Faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.

 Perhatian terkawal:
Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasikan sajak


- Objektif am:
• mendengar dengan berhati-hati
• menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran
• menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial
• menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan
• mengambil bahagian dalam aktiviti kelas

- Hasil pembelajaran spesifik:
 Menyoal
 Memilih
 Menghuraikan
 Mengikut
 Mengenalpasti
 Menamakan
 Menggunakan


Bertindak Balas:

- Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara atau rangsangan
- Mengambil bahagian secara aktif
- Pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas
- Krathwohl memberi tiga peringkat tindak balas:

1. Persetujuan membalas
2. Kesediaan membalas (tiada paksaan kepada pelajar untuk memberi tindak balas ketika proses P&P dan pelajar lakukan dengan rela)
3. Kepuasaan
Objektif am:
- melengkapkan kerja rumah
- pelajar ambil bahagian dalam perbincangan kelas
- seronok bantu rakan
- melakukan tugas suka rela)


Objektif spesifik:
- pelajar boleh menulis tentang isi pembelajaran
- suruh murid menjawab soalan
- melafazkan sesuatu (lisan) secara teratur dengan intonasi yang betul

Menilai:

- kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku
- menilai adalah berdasarkan penghayatan (satu set nilai spesifik)
- Krathwohl memberi 3 kategori:

1) Penerimaan (murid menerima sesuatu yang baik / keinginan menguasai penulisan esei)
2) Pilihan (usaha memperoleh sesuatu nilai yang telah dipilih / komitmen)
3) Penglibatan (dalam perbincangan kelas / arahan ketua kelas)

Objektif akan tercapai

Objektif am:
- Menghargai karya orang lain
- Menyelesaian masalah
- Menunjukkan sikap bekerjasama

Objektif spesifik:
- Dapat berbincang dengan rakan-rakan
- Melaporkan……
- Mencadangkan…….



Organisasi:


- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai

- Nilai yang diharapkan selepas P&P: Pelajar boleh mengorganisasikan atau mengaplikasikan nilai. Contohnya, ada interaksi antara pelajar.

- Pelajar juga dapat bezakan nilai yang penting dan kurang penting

- Objektif pembelajaran am: Pelajar mampu mereka cipta. Contohnya, cipta baju yang bergaya –punyai nilai estetika.

- Objektif pembelajaran spesifik: Mampu mencipta, mampu membina. (ada peningkatan- apa yang dicipta oleh murid itu ada peningkatan)

- Kategori:

• Penanggapan: mampu cipta konsep yang abstrak
• Organisasi: kebolehan menyatukan atau aplikasi nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan:

- Apa yang diharapkan daripada perwatakan pelajar selepas P&P?
• Perubahan tingkah laku (positif)

- Kategori:

•Set am:
-kebolehan kekalkan nilai-nilai. (perwatakan)
-konfiden akan berjaya

•Perwatakan:
-disiplin diri (dapat selesaikan perkara yang baik)
-membentuk falsafah hidup yang konsisten (tidak berubah-ubah)






Di bawah ni, adalah nota tambahan yg saya dapat dari rakan guru pelatih IPGM yg lain.. Sekadar bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan..



PENGETAHUAN

Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.

Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.


Komponen Pengetahuan

Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
- Pengetahuan tentang terminologi
- Pengetahuan tentang fakta
- Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
- Pengetahuan tentang urutan
- Pengetahuan tentang pengkelasan
- Pengetahuan tentang kriteria
- Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
- Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
- Pengetahuan tentang teori dan struktur

KEFAHAMAN

Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, inter-pretasi dan ekstrapolasi.

Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :
- Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
- Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
- Membaca Al-Quran
- Membaca skor muzik

Interpretasi

Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :

- Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.

- Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.
- Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.

Ekstrapolasi:

Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala. Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :

- Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.
- Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
- Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.

APLIKASI


Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan. Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu. Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.


Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :

- Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
- Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
- Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
- Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.


Mengingat semula prinsip atau genealisasi yang berkaitan untuk digunakan.
Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :

- Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

- Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.

- Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.

- Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi

- Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.

- Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.


ANALISIS


Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemenatau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah :


Analisis Elemen:


Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :

- Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi itu.
- Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
- Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set komunikasi itu.
- Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.

Analisa Perkaitan:

Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :

- Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
- Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan anggapan yang
dibuat.
- Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
- Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
- Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.

Analisa Organisasi:

Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :

- Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam suatu set komunikasi.
- Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
- Mengenalpasti bentuk dan corak.
- Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
- Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.



SINTESIS


Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :

- Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
- Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
- Melukis dan membina bahan grafik.
- Mencipta lagu.

Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :

- Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
- Mereka bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak

Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena. Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :

- Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
- Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan maklumat matematik.
- Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan pengalaman.


PENILAIAN


Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.




Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :

- Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
- Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
- Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
- Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu pemerhatian tentang fenomena alam.


Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran

Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja criteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan. Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
- Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
- Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.

Monday, June 29, 2009

Latar Belakang Benjamin S. Bloom (Taksonomi Bloom)

Benjamin S. Bloom, lahir di Lansford, Pennsylvania, 21 Februari 1913 – wafat 13 September 1999 pada umur 86 tahun, adalah seorang psikolog pendidikan dari Amerika Serikat, dengan kontribusi utamanya adalah dalam penyusunan taksonomi tujuan pendidikan dan pembuatan teori belajar tuntas.

Ia menerima gelar sarjana dan magister dari PennsylvaniaState University di tahun 1935 dan gelar doktor dalam pendidikan dari University of Chicago pada bulan Maret 1942. Ia menjadi anggota staff Board of Examinations di University of Chicago dari tahun 1940 sampai 1943. Sejak tahun 1943 ia menjadi pemeriksa di universitas sampai kemudian mengakhiri jabatan tersebut tahun 1959. Pekerjaan sebagai pengajar di Jurusan Pendidikan University of Chicago dimulai tahun 1944 untuk kemudian ditunjuk sebagai Distinguished Service Professor di tahun 1970. Ia menjabat sebagai presiden American Educational Research Association dari tahun 1965 sampai 1966. Ia menjadi penasihat pendidikan bagi pemerintahan Israel, India, dan beberapa bangsa lain.

TUGASAN UNTUK INTERAKSI 2:


CARI MAKLUMAT TENTANG TAKSONOMI BLOOM, DOMAIN KARTHWORL, TAKSONOMI DAN DOMAIN DARI ASPEK SEJARAH, KONSEP, KEBAIKAN DAN KEBURUKAN, SERTA PEGANGAN MEREKA

TUGASAN ISL BMM3103- 25 JUN 2009


1.Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun (interaksi 1)
2. Membuat catatan ringkas dalam bentuk power point atau brosur (interaksi 1)
3. Pelajar menyediakan laman web pembelajaran dan menyangkutkan kerja mingguan di laman web pembelajaran masing-masing.
4. Setiap pelajar diminta menyediakan folio yang memuatkan semua tugasan pembelajaran kendiri. Folio hendaklah dijilid dalam bentuk A4 dan dihantar september 2009.

Sunday, June 28, 2009

Interaksi 1

Konsep Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian..

Pengujian:

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Pengujian dianggap sebagai proses penyerahan ser soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yagn sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Konsep lain:

- satu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku murid
- untuk mengesan penguasaan dan pencapaian pelajaran murid
- penilai pencapaian mesti pada tahap eksplisit (luar dan dalam: perubahan jelas dan pelajar mampu bercakap/faham dan menulisnya) dan bukan implisit (dalaman/ faham sahaja)

Pentaksiran:

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

KOnsep lain:
- Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu (Mokhtar Ismail , 1995)
- Tahap, status dan nilai
- merangkumi skala ordinal dan skala selang
- untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid

Penilaian:

Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Saturday, June 27, 2009

Tugasan 1

Perbezaan antara pengujian, pentaksiran dan penilaian..

(Pengujian)
Pengertian:
Proses menentukan perubahan tingkah laku.
Tujuan:
Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
Kegunaan:
Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
Bentuk:
Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
Masa:
Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran
Proses pelaksanaan:
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran
3. Pemeriksaan.


(Pentaksiran)
Pengertian:
Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
Tujuan:
Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran
Kegunaan:
Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan
Bentuk:
Ujian bertulis dengan markah dan gred.
Masa:
Selepas beberapa pelajaran
Proses pelaksanaan:
1. Proses pengujian
2. Merekod markah atau gred


(Penilaian)
Pengertian:
Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
Tujuan:
Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.
Kegunaan:
Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.
Bentuk:
Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.
Masa:
Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.
Proses pelaksanaan:
1.Proses pengukuran
2.Proses penganalisisan
3.Proses interprestasi
4.Melapor
5.Tindakan