BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

INTERAKSI 4

PEMBINAAN ITEM UJIAN

Pembinaan item objektif:

- Perlu ada ketelusan dan ketepatan dalam memberi markah.
Ciri-ciri:
- merupakan item respons tetap
- memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan yang telah disediakan
- mengandungi / mempunyai pokok soalan (kata kunci/stem) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item

Jenis Item Objektif:

a) Item Betul-Salah


1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.

2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

4. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

5. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

6. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

7. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

8. Perkataan atau kata kunci yang sering digunakan bagi soalan ini ialah ya-tidak, setuju-tidak setuju, betul-salah dan sebagainya.


b) Item Padanan:

Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan. Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua. Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.

1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau
padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

2. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

3. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.

4. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

5. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.


c) Item aneka pilihan:


- mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan
- Pokok soalan boleh ayat tidak lengkap atau ayat kenyataan
- harus mempunyai pokok soalan yang jelas dan pengganggu (jawapan yang hampir sama atau mengelirukan)


d) Item ayat tidak lengkap:

- memilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong.

Contoh:

Amir ________ motosikal baru itu.
a. menunggang
b. memandu
c. mengayuh
d. merasa


e) Item jenis cantuman / urutan:

- menggunakan huruf roman pada jawapan
- susun jawapan dan pilih jawapan yang betul


f) Item Pengelasan

- mengandungi dua kumpulan objek perkara yang berkaitan
- calon dikehendaki memilih dan mengklasifikasikan jawapan yang berkaitan.



Panduan Pembinaan Soalan Objektif:

1)Pokok soalan:

-Bahasanya mudah
-Sesuai
-Boleh buat ayat soalan tidak lengkap
-Kesukarannya mengikut aras JSU (taksonomi Bloom)
-Kalau boleh, elakkan atau kurangkan soalan berbentuk negative
-Kalau buat soalan negatif – ‘kecuali’, ‘bukan’, ‘tidak’. (boldkan atau gariskan)
-Gambar rajah, carta, jadual – mesti disediakan atau sertakan dengan soalan yang berkaitan



2)Pilihan jawapan:

-Hendaklah ditulis sejajar dengan anak panah soalan (dari pendek ke panjang)

Contohnya:

Apakah nama ibu negeri Sabah?

a.Kuching
b.Keningau
c.Kota Bharu
d.Kota Kinabalu

-Jika jawapan soalan itu tidak sejajar, kedudukannya adalah dari (panjang ke pendek)
-Elakkan ulangan perkataan
-Pastikan hanya ada satu jawapan yang betul
-Pastikan ada distraktor atau jawapan pengganggu.
-Elakkan jawapan yang = tidak ada jawapan @ semua di atas/ semua betul

3)Struktur item/soalan

-Huruf biasa dan huruf Roman

4)Bahan rangsangan = gambar rajah dan sebagainya.

Kelebihan Soalan Objektif:

1.Mudah:
-Mudah untuk buat soalan
-Mudah untuk disemak
-Mudah ditafsir (item)

2.Mempunyai cirri kebolehpercayaan:
-Boleh ditadbir
-Waktu (contoh: 10 soalan = 10 minit) @ (40 soalan = 35 minit)
-Ada kebolehpercayaan pada soalan itu
-Waktu yang diperuntukkan sesuai dengan jumlah soalan yang disediakan.

3.Menguji banyak topik

4.Boleh digunakan untuk ujian diagnostik
-Ujian peralihan (selalunya dijalankan pada murid Tingkatan satu yang baru mendaftar)

5.Digunakan untuk ujian formatif dan sumatif

Kelemahan Soalan Objektif:

1.Murid tidak dapat mengeluarkan idea atau hujah yang bernas kerana tertakluk pada jawapan yang disediakan
2.Tiada huraian
3.Menggalakkan tekaan (murid yang tidak bersedia pun boleh menjawab soalan tersebut dengan meneka)
4.Soalan aneka pilihan sukar dibina
5.Tahap pengetahuanmurid-murid tidak dapat diukur
6.“Calon yang bijak tidak harus belajar banyak”

Pembinaan item Subjektif:

- lebih mudah untuk dibuat
- sukar untuk disemak kerana banyak

Tindak balas terhad (struktur):
> memerlukan calon menjawab dengan jawapan pendek sahaja
> jawapan boleh diberi dalam satu frasa, ayat dan sebagainya
> stem atau kata kunci yang digunakan: nyatakan, huraikan, senaraikan dll.

Tindak balas lanjutan (esei):
> kata kunci: huraikan, jelaskan dll.
> huraian banyak / panjang

Langkah pembinaan Soalan Subjektif:


1.Bentuk JSU.
-Tentukan skop / aras kemahiran yang akan diuji

2.Gubal soalan struktur atau esei berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

i.Tugas atau arahan soalan hendaklah lengkap dan jelas
ii.Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon
iii.Gunakan perkataan; gubahkan, huraikan dll.

3.Bina bilangan soalan yang berpatutan

4.Sediakan skema pemarkahan

5. Cara memeriksa soalan : analitik dan holistik (sangat terperinci)

Kelebihan soalan subjektif:

1.Mudah digubal
2.Sangat sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran
3.Sangat sesuai untuk ukuran keenam-enam aras
4.Kurangkan konsep meneka
5.Boleh membuat calon menganalisis dan mengintegrasikan idea yang diperoleh

Kelemahan soalan subjektif:

1.Pemeriksaan mengambil masa yang lama
2.Ukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
3.Bidang yang diuji adalah terhad
4.Soalan boleh diramal

0 comments: